Sunday, April 19, 2009

=(

Sepupu aku baru kehilangan suami beberapa minggu lepas. At the time, with 2 kids in tow and one in the oven due any time soon... it would've been a heart wrenching moment for anyone. 

Tapi itulah orang kata; orang yang kuat imannya, tahap kesabaran dan ketabahan mereka terlalu tinggi. Selang sehari selepas kematian suaminya, she gave birth to a healthy baby girl. Her resilience towards the whole ordeal is inspiring. Orang di sekeliling lebih rapuh menghadapi situasi itu berbanding beliau. 

Menurut bapa saudara yang melawat dari Melaka, jenazah suaminya yang disembahyangkan dan dikafankan pada hari Jumaat diziarahi beribu-ribu orang seolah-olah orang kenamaan. Beliau tidak pernah menyaksikan jemaah solat jenazah sebegitu ramai. Dari rakan Al-Azharnya sehinga ke sahabat-sahabat sepelusuk Malaysia, semuanya datang bagi memberi penghormatan terakhir. 

Minggu lepas, aku dan mak pergi membeli-belah pakaian bayi. Seronoknya membeli pakaian bayi perempuan, sampai mak aku over naik sheikh pulak. Maklumlah, dapat merasa nak patungkan anak perempuan seorang je. Heheh.

Semasa melawat sepupu aku, dia bercerita perihal anak nombor duanya who is still oblivious to the dad's demise. Paling menyebakkan, anaknya Irsyad akan memaksa pembantu rumahnya (from my uncle's house) ke rumah mereka (a few doors away) dan berteriak menyuruh bapanya membuka pintu. 

"Aliddddd (he calls him Walid), bukakkkklah pintuuuuu!"  Ada kalanya sambil meraung.

How heartbreaking is that?

=(

No comments:

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com