Sunday, April 12, 2009

Aku Berlari Gagah Berani

Aku baru sedar satu benda. Aku memang tak mampu nak menahan diri daripada makanan yang menyelerakan disamping mencuba makanan-makanan baru. Jadi aku sanggup lari macam orang gila hari-hari supaya lemak-lemak terkumpul boleh ternyah hapus. 

Petang tadi aku lari macam orang gila dalam hujan. Memang macam orang gila. Bukan aku sengaja nak tunjuk bagus lari dalam hujan. Itu bodoh namanya. Semasa aku keluar, hujan belum turun. Pertengahan jalan, hujan turun renyai-renyai dan dengan tidak semena-mena, lebat macam anjing dan kucing. 

Mula-mula aku berteduh, tapi bila 10 minit bertukar menjadi 40 minit aku nekad untuk berpatah balik dan lari dalam hujan macam orang gila. Letih berlari dalam hujan dengan baju yang kuyup. Terasa seperti dalam adegan filem yang memaparkan perempuan berperwatakan macho. Juga terasa sedikit seksi. Heheh.

Nasib baik aku tak tunggu sampai hujan berhenti. Sebabnya, sampai malam pun hujan tak kebah-kebah. 

Barangkali, sesi karaoke pagi tadi ada kaitan.

No comments:

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com