Aku suka melepaskan peluh di sebuah hutan rimba berdekatan. Hutan yang jalannya sudah ditar dan disinggahi puluhan manusia pelbagai bangsa, umur dan gaya. Beberapa kali, aku terserempak juga dengan artis. Tapi disitu semua orang sama tidak kira kau Datuk ke, Tan Sri mahupun selebriti. Lagipun, aku bukan jenis yang senang awe-struck dengan selebriti. Aku cuma suka melihat jika mereka lebih cantik/kacak secara nyata berbanding di kaca TV. Heheh.
Sudah dua kali aku terserempak mamat ni ketika berjogging. Dan setiap kali dia ternampak aku, dia melihat aku seolah-olah mengenali aku. Setiap kali itu juga aku toleh kebelakang, mana tahu mungkin ada orang lain di belakang aku. Ternyata dia memandang aku. Ye, aku tahu baju aku basah lencun dengan keringat, muka aku merah padam, lemak aku bergoyang kalau itulah yang kau tengokkan. Tapi jika kau mengenali aku ataupun aku pernah mengenali kau, sila tegur sebab aku tidak ada recollection langsung dan aku rasa sungguh tidak selesa dipandang begitu.
Ada seorang pakcik juga yang pernah aku bertembung sebanyak dua kali. Aku kurang pasti keturunannya, tapi pertama kali aku bertembung dengan dia, dia tanya aku so pleasantly, "Hello. How are you?" sedang aku berjogging. Dalam nafas yang tersekat-sekat, aku gagahkan juga menjawab, "I'm fine, thank you (with a smile)". Tapi nafas aku pendek. Kami dari arah bertentangan; aku mendaki bukit, dia pula menuruni bukit. Aku tak sempat tanya dia kembali. I kick myself for not returning such a simple act of kindness.
Kali kedua aku bertembung dengannya, aku bersama adik bongsu. Dia tegur aku lagi. "Hello. How are you? Datang dengan...?" dan aku jawab, "Hello. Datang dengan adik". Aku lupa lagi nak bertanya khabar, boleh!? Ralat betul rasanya. Aku akan ingat orang tua itu sebab dia tidak pernah lokek dengan senyuman.
Semalam, aku berborak dengan seorang rakan sekolah sewaktu menetap di Paris. Seronok melayari waktu-waktu lampau dan mengingat kembali detik-detik alam persekolahan dan rakan-rakan yang melewati zaman itu. Dia kata tak sangka aku akan menyarung tudung. Hmmm? Paling kelakar, dia bercerita tentang insan-insan yang dia pernah ada crush on.
Dia: You know, you were the first person I had a crush on in school.Aku: Really? No wonder you were such an annoying prick.Dia: Yea, I guess I wanted your attention.Aku: Haha. You sure did, just not in a positive way.Dia: I remember you had curly hair, right?Aku: Yes I do, just not as curly as yours.Dia: Those were stupid days, I seemed to have a crush on every cute girl. I'm also changed now, no more annoying, in fact I'm more of a gentleman.Aku: Okay, I believe you :)
Cute? Adoi. Kalau orang cakap aku begitu sekarang, geli-geleman aku dibuatnya.
Bye, aku nak pergi kutip duit royalti dari Proton.
No comments:
Post a Comment