Thursday, June 11, 2009

Brisk Walk Bersama Mr. Karn4

Semalam aku ke rimba lagi untuk brisk walk (perasan tak dulu cakap lari macam orang gila/jogging... sekarang terus downgrade kepada brisk walk?) Hihihi. 

Pada akhir pusingan pertama, aku bertembung dengan pakcik itu lagi.  Tiba-tiba aku nampak dia di hadapan dan kali ni kami dari arah yang sama. Kebetulan dia menoleh kebelakang dan nampak aku lalu terus tunggu aku di kaki bukit. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dan aku terpaksa sambut. I always feel uneasy shaking hands with men. 

Dia tanya kenapa aku dah lama tak berkunjung situ. Memang dah beberapa minggu aku tak kesana kerana bercuti dan juga kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tak sangka aku dia perasan. Lepas tu kami berborak sambil berjalan. I was strolling along in the woods with a total stranger. Doesn't get any weirder than that! 

Yang bestnya, bertembung dan berborak pada track bukit yang paling sukar, lagi-lagi untuk bercakap. Semput dibuatnya! Jadi aku berborak dengan nafas yang tersekat-sekat. Si pakcik ni pulak bukan main semangat tanya aku pergi bercuti di mana dan meminta aku sarankan tempat-tempat menarik lain untuk bercuti. 

Borak punya borak sampai sambung bab pendidikan, bab kerja... macam-macam. Tiba di penghujung track, aku hendak menyambung satu pusingan lagi manakala pakcik tersebut hendak pulang. Dalam masa yang sama, dia nampak kawan dia, seorang aunty yang juga beriadah disitu. Setelah masing-masing bertanya khabar, salah satu respon dia ialah, "Ooh I'm just talking with my friend here."

Wah wahhh, aku sudah jadi friend dia ke? Padahal nama dia pun tak tau lagi waktu tu. What if I don't want to friend him? Hahaha! Tipu je. Comel dan kelakar pulak pakcik separa botak tu. But now I know his name, Mr. Karn4! Sebelum pergi, dia menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman. 

Pada kebiasaannya, aku tak berapa gemar pergi aktiviti berjogging/brisk walk dengan orang lain. Pada aku, it's my 'me' time. Bila ada orang lain, kadang-kadang pace yang selesa untuk kita sedikit lari (tapi kalau untuk orang yang rajin pengsan tu, baiklah pergi berteman *ehem ehem*). But no worries, I don't bite. Jadi kalau terserempak, tegur je =)


In every walk with nature one receives far more than he seeks.  --John Muir

No comments:

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com